mcmc
Pendidikan

UiTM Machang Kelantan

                                                               

UiTM Cawangan Kelantan merupakan salah satu cawangan UiTM yang berpusat di negeri Kelantan Darul Naim. Ia ditubuhkan pada Julai 1985 sebagai cawangan UiTM yang ke-9 yang mana penempatan sementaranya berdekatan dengan daerah Kota Bharu.  Kini, UiTM cawangan Kelantan telah berpindah secara tetap di Machang sejak Januari 1996.

1985 (KARA KIJANG CAMP TECHNOLOGY INSTITUTE)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Cawangan Kelantan yang dulunya dikenali sebagai Institut Tecknologi MARA merupakan kampus cawangan ke-9 yang mana dirasmikan pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

Penubuhan UiTM adalah hasil kerjasama rapat antara UiTM bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Hasil dari kerjasam tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan 12 ekar tanah di Kem Kijang yang bertempat kira-kira 8 kilometer jaraknya dari pusat bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Proses pengubahsuaian bagi beberapa buah bangunan dan pembinaan bangunan-bangunan baru ditaja penuh oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah sebanyak RM1.5 juta. Ambilan pertama seramai 185 orang pelajar telah mendaftar untuk semester Julai – Disember 1985 bagi mengikuti kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Bank, dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Pada peringkat awal, terdapat seramai 71 orang staf, yang mana 7 darinya adalah pensyarah dan 64 orang staf bukan akademik.

1993 – Sekarang

Proses Pembinaan bagi kampus tetap bermula pada tahun 1993. Kerajaan Persekutuan telah mempueruntukkan seluas 200.32 hektar tanah di Bukit Anjing, Machang sebagai kampus tetap.

Diinspirasikan oleh Almarhum Dato ‘Nik Abd. Rashid Nik Abd. Majid, bekas Pengarah ITM pada ketika itu, nama asal Bukit Anjing kemudiannya ditukar kepada Bukit Ilmu selari dengan fungsi UiTM dalam menyedikan peluang pembelajaran dalam perlbagai bidang khas buat golongan Bumiputera.

Pemindahan rasmi ke Kampus Machang bermula pada 01 Januari 1996.

ITM kemudiannya dinaiktaraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999. Kini, UiTM Cawangan Kelantan berkembang dengan pesat dalam menjadi salah sebuah universiti terkemuka di Kelantan khususnya.