mcmc
Sejarah

Sejarah

SEJARAH BUKIT TIU

Kampung Bukit Tiu mendapat nama dari sebuah bukit yang pada masa dahuludidiami oleh seorang penduduk bernama “Tiew”. Mengikut kajian, penduduk berkenaan telah membuka tanah dan menetap di kawasan bukit tersebut. Kewujudan kampung ini bermula bila tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian yang menyeluruh namun dipercayai ianya di buka sebelum zaman penjajahan Jepun lagi.

Kampung ini merupakan kampung tradisi luar bandar dan didiami oleh bangsa melayu beragama islam. Konsep penempatan penduduk kampung adalah secara berselerak dan tertumpu di kawasan yang mempunyai kemudahan jalanraya. kampung ini terletak di jalan machangke pasir putih dan jaraknya dari bandar machang adalah sejauh 5km dan jarak ke UITM machang adalah sejauh 5km juga. kampung ini boleh diakses melalui sistem jalan rayadari machang ke pasir putih dan dari bukit tiu ke baka sehingga ke pusat perkelahan bukit bakr  dan juga sebangai jalan alternatif ke kuala krai.kampung ini merupakan kampung pertanian dan hampir keselurahan pekerjaan penduduk adalah petani dan menoreh getah. npunca pendapatan adalah terhad kepada hasil pertanian sahaja.