mcmc
Maklumat NADI

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 2018

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

1. Aktiviti Fizikal
2. Makan secara sihat
3. Tidak merokok
4. Bijak menangani stress
5. Sihat tanpa alkohol

Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti pautan berikut: http://www.infosihat.gov.my/index.php/pengumuman/141-pertandingan-video-pendek-amalkan-cara-hidup-sihat-dalam-kalangan-orang-kurang-upaya-oku-peringkat-kebangsaan-2018

SEMOGA BERJAYA!