mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PASAR TANI MACHANG

Merupakan antara Pasar Tani terawal penubuhannya di Negeri Kelantan iaitu pada 01 September 1989. Beroperasi setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Terkenal dengan kebersihan dan kuih tradisi serta hasil kampung. Pasar Tani ini juga tidak menjual buah – buahan import, Pasar tani ini juga mempunyai peniaga ikan air tawar yang paling ramai di Kelantan. Terletak di tengah bandar Machang bersebelahan Taman permainan kanak – Kanak menjadikan kesukaan para ibubapa kerana boleh beriadah dan membeli belah pada satu masa. Antara hasil kampung dan sungai yang popular di Pasar Tani ini ialah Siput sedut sungai , Siput sedut sawah (kechai), ikan pepuyu, daging lembu kampong.

Selain hasil kampung penduduk tempatan, kuih muih tempatan juga tidak kurang hebat dijual di Pasar Tani ini, antaranya seperti Cek Mek Molek, Badak Sira Gula, Tepung Pelita dan bermacam-macam lagi. Jadi!!! Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasar Tani Machang ini.