Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis ini merupakan sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Di Kelantan, nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi. Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh orang-orang tua dikampung.