mcmc
Makanan

NASI KAK WOK

Sebut sahaja Nasi Kak Wok pastinya anda cukup mengenalinya. Tambahan pula ia begitu senang dijumpai di serata tempat. Namun, tahukah anda asal usul hidangan ini?

Hidangan ini terdiri dari nasi putih, ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kuah gulai pekat dan juga sambal cili.

Asal nama hidangan ini diambil sempena nama Allahyarham Mek Wook Hassan yang mula – mula mencipta hidangan ini. Nasi Kak Wok ini telah diteruskan secara turun temurun kerana menggunakan resepinya yang tersendiri.