TARIKH | 22 FEBRUARI 2025 |
MASA | 3.00 PM HINGGA 4.30 PM |
PESERTA | PELAJAR SEKOLAH |
TEMPAT | NADI BUKIT TIU |
TUJUAN
Bagaimana VAK (Visual, Auditory, Kinesthetic) Membantu Meningkatkan Prestasi Pembelajaran
AKTIVITI
Seminar ini dikendalikan oleh Coach Isa, seorang trainer tutor profesional Malaysia, yang berkongsi teknik VAK (Visual, Auditory, Kinesthetic) bagi membantu pelajar mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk mereka. Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami cara belajar dengan lebih efektif berdasarkan kecenderungan individu masing-masing.
.
Walaupun jumlah peserta terhad, sesi ini berlangsung dengan interaksi yang aktif, di mana setiap peserta diberi ruang untuk bertanya dan berkongsi pengalaman mereka dalam pembelajaran. Mereka turut diberikan motivasi dan strategi khusus untuk meningkatkan fokus serta keyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
.
Peserta memberikan maklum balas positif dan menyatakan harapan agar lebih banyak program seperti ini dianjurkan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai pelajar mencapai kecemerlangan akademik.


