Tarikh | : 12 September 2024 |
Masa | : 10.00 pagi – 11.00 tengahari |
Lokasi | : NADI Bukit Tiu |
Peserta | : 30 Orang |
Tujuan
e-Qaryah merupakan sebuah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Pembinaan portal e-Qaryah ini selari dengan kemajuan teknologi masa kini yang membolehkan rakyat Kelantan membuat urusan permohonan perkahwinan secara dalam talian yang ternyata lebih mudah berbanding kaedah konvensional.Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa proses mengisi data didalam sistem E-Qaryah. Kemudian pelajar diperkenalkan sistem E-Qaryah secara online yang dapat diperolehi melalui laman web https://eqaryah.kelantan.gov.my/perkahwinan_prosedur.php. Pelajar dikehendaki memahami butiran yang diperlukan bagi mengelakkan kesalahan semasa mengisi data. Pelajar kemudiannya diminta untuk memeriksa data dengan betul dan menghantar permohonan untuk diproses.