Tarikh | : 01 September 2023 |
Masa | : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi | : PEDI Bukit Tiu |
Peserta | : 1 Orang |
Pengurusan kewangan adalah satu proses merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.
Kelas ini dapat membimbing & menyampaikan kepada peserta tentang betapa pentingnya setiap kita perlu ada perancangan kewangan. Disamping itu, pengajar juga membentangkan tentang asas-asas pengurusan kewangan bagi sesebuah keluarga tidak kira kecil atau besar. Selain itu, setiap perniagaan yang memberi keuntungan itu bermula dari pengiraan kos & harga bagi setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan adanya pendedahan seperti ini, sedikit sebanyak dapat membuka mata setiap dari peserta untuk menyemak kembali kesihatan kewangan masing-masing.