mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan September 2023: Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengenalan Kepada Internet)

Tarikh : 21 September 2023
Masa : 02.00 Petang – 3.00 Petang
Lokasi : PEDI Bukit Tiu
Peserta : 1 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian  yang kecil untuk membentuk rangkaian internet. Antara laman web yang boleh dilayari melalui internet adalah laman web PTPTN yang disediakan oleh pelajar untuk memohon pinjaman untuk menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS.

Aktiviti

Pembelajaran kali ini ialah mengenai cara melayari laman web PTPTN dan bagaimana untuk mengisi maklumat di dalam sistem yang telah disediakan. Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Pelajar Kemudian diajar cara memasukkan data dan mengisi maklumat yang dikehendaki untuk memudahkan data diproses untuk dikemaskini