Tarikh | : 02 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan bagi mewujudkan daya kreativiti, meningkatkan tumpuan, memperkenalkan warna, dan mengajar peserta untuk bertenang dan menghalusi setiap corak dan bentuk lukisan yang diwarnakan.
Aktiviti
Pengajar mengedarkan poster yang telah dipilih didalam laman web dan sesi mewarna dimulakan. kanak-kanak diberi tempoh selama 2 jam untuk mewarnakan poster yang diberikan. Selepas selesai sesi mewarna, sesi bergambar bersama guru diadakan. Kanak-kanak menunjukkan hasil daripada poster yang telah diwarnakan semasa sesi bergambar.