Tarikh | : 03 Oktober 2021 |
Masa | : 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi | : Secara Online (Google Meet) |
Peserta | : 7 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta dengan lebih meluas mengenai laman sosial yang boleh didapati dan dilayari oleh peserta. Program ini juga dapat melatih peserta menjadi usahawan dan peserta berpeluang memperluaskan dan melebarkan pelbagai teknik promosi dan pemasaran di laman-laman sosial yang popular pada masa kini seperti di Facebook, Instagram dan twitter. Program sebegini dapat membantu peserta menjana lebih pendapatan daripada biasa.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan dengan pelbagai laman sosial yang popular seperti Facebook, Twitter dan Instagram terlebih dahulu. Peserta kemudian didedahkan dengan lebih terperinci laman web sosial tersebut untuk peserta lebih mahir menguasai kelebihannya. Petugas membantu peserta secara terperinci bagaimana membuat satu akaun facebook, instagram dan twitter dengan menggunakan email yang telah didaftarkan. Facebook, Instagram dan Twitter adalah satu medan sosial yang terkenal dan merupakan satu anjakan paradigma bagi peserta untuk meluas dan memperkembangkan perniagaan mereka. Ini adalah merupakan satu kelebihan bila peserta dapat kemahiran menggunakan kelebihan media sosial sepenuhnya.