mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Ogos 2024 : Aplikasi Pembelajaran (Warnai Bulan Kemerdekaan)

Tarikh : 15 Ogos 2024
Masa : 9.30 pagi – 10.30 tengahari
Lokasi : NADI Bukit Tiu
Peserta : 24 Orang

Tujuan

Program ini diadakan sempena Hari kemerdekaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos , untuk memupuk semangat kemerdekaan sejak daripada kecil khususnya kepada kanak-kanak sempena memperingati hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos 1957. Selain daripada itu, memupuk nilai kreativiti dan nilai seni dalam diri kanak-kanak.

Aktiviti 

Para peserta dipertontonkan filem mengenai kemerdekaan terlebih dahulu, kemudian pengajar mengedarkan poster kepada kanak-kanak dan sesi mewarna bermula. Selepas selesai sesi mewarna, para peserta kemudian diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda telah menjayakan kelas mewarna yang telah diadakan. 

gambar disini