Tarikh | : 08 Ogos 2018 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Bukit Tiu |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan sempena Hari kemerdekaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos , untuk memupuk semangat kemerdekaan sejak daripada kecil khususnya kepada kanak-kanak sempena memperingati hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos 1957. Selain daripada itu, memupuk nilai kreativiti dan nilai seni dalam diri kanak-kanak.
Aktiviti
Para peserta dijemput menjamu sedikit jamuan yang telah disediakan pada permulaan program, kemudian mengedarkan poster kepada kanak-kanak dan sesi mewarna bermula. Selepas selesai sesi mewarna, para peserta kemudian diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda telah menjayakan kelas mewarna yang telah diadakan.