mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Ogos 2018 – Dashboard Komuniti (MyHealth)

Tarikh : 06 Ogos 2018
Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Malaysia Bukit Tiu
Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Program ini diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta aplikasi yang terdapat dalam dashboard komuniti. Aplikasi ini digunakan untuk memeriksa tekanan darah, memantau tahap kesihatan misalnya kadar kolesterol dalam darah, kadar degupan jantung dan sebagainya. Bacaan tersebut akan direkod di dalam MyHealth Dashboard Komuniti. Selain itu, di dalam My Health juga terdapat maklumat kesihatan yang boleh menjadi panduan kepada pengguna. 

Aktiviti 

Para peserta diberikan pemeriksaan tekanan darah secara percuma dan juga di timbang berat badan. Peserta kemudiannya mendaftar masuk melalui Dashboard Komuniti dan mendaftar untuk I-Health. Peserta juga turut diperkenalkan dengan peralatan seperti pemeriksaan darah.

gambar disini