mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN OGOS

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) SK PANGKAL MELERET

TARIKH13 OGOS 2025
MASA10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
PESERTAPELAJAR SEKOLAH
TEMPATSK PANGKAL MELERET

TUJUAN

MCMC bersama NADI Kluster Machang telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pangkal Meleret.

Program ini bertujuan untuk membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan fungsi aplikasi internet. Untuk Tahap 2, objektif adalah untuk menjelaskan mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial, memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian serta membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.

AKTIVITI

Modul 2 dibahagikan kepada 8 kumpula dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :

– Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung

– Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital

– Pelajaran 2: Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial

– Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1

– Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2

– Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial