mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan November 2023: Microsoft Office (Excel)

Tarikh : 20 November 2023
Masa : 03.00 Petang- 05.00 Petang
Lokasi : PEDi Bukit Tiu
Peserta : 2 Orang

Tujuan

  • Pelajar mampu membezakan antara formula dan function pada Microsoft Excel. Pelajar mampu memahami fungsi penggunaan Microsoft Excel sebagai medium menganalisa data dan mengetahui cara penulisan formula. Peserta dibimbing untuk mengaplikasikan formula dan function dalam tugasan secara hands on menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti

Terlebih dahulu, pelajar diperkenalkan dengan asas formula yang mana dapat dibahagikan kepada 2 iaitu simple formula dan complex formula. Simple formula merupakan formula operasi matematik yang melibatkan dua set data di Microsoft Excel manakala complex formula pula melibatkan operasi matematik yang melibatkan lebih daripada dua set data. Seterusnya, pelajar dikongsikan dengan cara menulis formula bagi mendapatkan hasil yang diingini. Dalam masa sama, pelajar diperkenalkan dengan fungsi sum, average, max dan min pada paparan Microsoft Excel untuk memudahkan mereka memberi arahan kepada excel untuk menganalisis data. Untuk latihan pula, pelajar dibimbing untuk menghasilkan beberapa templet rekod jualan sebagai contoh kepada simple formula dan complex formula.

Gambar disini