Tarikh | : 13 Mei 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDI Bukit Tiu |
Peserta | : 3 Orang |
Pelajar diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian pelajar didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Pelajar juga diajar untuk penggunaan Internet Explorer dan Google. Pelajar diajar bagaimana untuk mencari maklumat di laman web yang dikehendaki seperti laman web SPA9i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Kemudian, pelajar diajar cara memasukkan data dan mengisi maklumat yang dikehendaki untuk memudahkan data diproses untuk dikemaskini.