Tarikh | : 06 Mei 2021 |
Masa | : 02.30 Petang- 05.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Bukit Tiu |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pentingnya kegunaan Microsoft Office Word kepada peserta untuk membuat Resume. Resume juga merupakan satu perkara yang penting untuk pencari kerja dan untuk ditemuduga. Resume adalah satu pengenalan ringkas tentang diri anda yang mengandungi satu hingga dua muka surat dokumen ringkasan objektif kerjaya anda, pengalaman profesional dan pencapaian dan latar belakang pendidikan.
Aktiviti
Peserta diajar mengenai kelebihan Microsoft Word terlebih dahulu. Kemudian pengajar memberi penerangan mengenai resume dan kepentingannya kepada peserta. Selepas itu, pengajar menunjukkan cara yang betul untuk menjadikan resume peserta kemas, teratur dan terkini.