Tarikh | : 20 Mei 2019 |
Masa | : 10.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Kelas ini memberikan pendedahan kepada pelajar tadika cara pendidikan menggunakan Youtube untuk belajar mengira, mengeja dan mengaji yang lebih menarik dan menghiburkan. Pembelajaran sebegini dapat merangsang minda pelajar untuk mengingat dengan lebih cepat dan berkesan sebagai alat bantu belajar.
Aktiviti
Pengajar menunjukkan cara menggunakan Youtube terlebih dahulu, memilih channel Youtube yang sesuai dan berbentuk pendidikan kepada pelajar. Pengajar memberikan tunjuk ajar sambil pelajar melihat skrin yang dipaparkan. Pelajar memerhatikan dengan fokus dan sesi soal jawab diadakan untuk lebih pemahaman kepada pelajar.