Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kelebihan Canva untuk membuat resume menggunakan template yang telah disediakan. Resume juga merupakan satu perkara yang penting untuk pencari kerja dan untuk ditemuduga. Resume adalah satu pengenalan ringkas tentang diri anda yang mengandungi satu hingga dua muka surat dokumen ringkasan objektif kerjaya anda, pengalaman profesional dan pencapaian dan latar belakang pendidikan.
Aktiviti
Pelajar diajar mengenai kelebihan dan cara menggunakan Canva terlebih dahulu. Kemudian pengajar memberi penerangan mengenai resume dan kepentingannya. Selepas itu, pengajar menunjukkan cara yang betul untuk menjadikan resume pelajar kemas, teratur dan terkini.
Gambar Disini