Tarikh | : 22 Mac 2021 |
Masa | : 02.30 Petang- 05.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Bukit Tiu |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian yang kecil untuk membentuk rangkaian internet.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian peserta didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Peserta juga diajar untuk penggunaan Internet Explorer dan Google. Kemudian peserta diajar bagaimana untuk mencari maklumat di laman web bagi pendaftaran pra sekolah secara atas talian tanpa perlu memohon secara manual. Pendaftaran sekolah secara atas talian pada masa kini memudahkan urusan selain menjimatkan masa.