Tarikh | : 17 Feb 2023 |
Masa | : 3.00 Petang – 05.00 petang |
Lokasi | : PEDI Bukit Tiu |
Peserta | : 1 Orang |
Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian yang kecil untuk membentuk rangkaian internet.
Pelajar diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian pelajar didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Pelajar juga diajar untuk penggunaan Internet Explorer dan Google. Pelajar diajar bagaimana untuk mencari maklumat di laman web yang dikehendaki seperti laman web MAIK iaitu untuk memohon bantuan daripada Kerajaan negeri Kelantan. Kemudian, pelajar diajar cara memasukkan data dan mengisi maklumat yang dikehendaki untuk memudahkan data diproses.