Tarikh | : 15 Januari 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi – 1.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai teknik solekan secara asas untuk suri rumah dan para wanita yang inginkan solekan wajah yang simple dan ringkas. Disamping itu juga, kelas ini juga dapat juga mengajar para wanita menggunakan internet sebagai sumber rujukan untuk mempelajari cara solekan melalui media sosial seperti Facebook,Youtube, Instagram dan juga blog.
Aktiviti
Para wanita diberi penerangan terlebih dahulu mengenai jenis kulit dan jenis mekap yang sesuai untuk digunakan supaya mekap lebih tahan lama dan nmapak lebih segar serta semulajadi. Ini sangat penting untuk mengelakkan mekap bercapuk atau comot. Kemudian, pengajar menunjukkan demonstrasi kepada peserta cara mengenakan solekan mata, wajah, bibir dengan tepat. Penggunaan highlight dan shading juga sangat penting untuk menampakkan kita lebih menarik dan cantik. Peserta kemudian mengenakan sendriri solekan pada wajah masing-masing.