Tarikh | : 13 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Tiu |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta penggunaan perbankan secara online bagi memudahkan urusan transaksi pembayaran, pemindahan, memeriksa baki dan pelbagai kegunaan untuk urusan harian.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat terlebih dahulu mengenai kebaikan perbankkan dalam talian, kemudian peserta diajar bagaimana melayari laman web tersebut dan memasukkan data-data peribadi untuk akses secara online. Peserta kemudian diajar cara membuat sebarang urusan didalam perbankkan talian.