Tarikh | : 19 Disember 2023 |
Masa | : 2.30 Petang- 3.30 Petang |
Lokasi | : PEDi Bukit Tiu |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
-
Kahoot merupakan satu aplikasi pembelajaran secara game yang menyeronokkan, menarik, dan memberikan kesan yang baik. Bukan itu sahaja, aplikasi Kahoot mudah untuk diuruskan dan membuatkan pembelajaran menjadi seronok. Kahoot terkenal dengan aktiviti kuiz secara online. Jadi ianya boleh digunakan bagi menarik minat pelajar untuk lebih seronok dalam pembelajaran.
Aktiviti
- Apabila tajuk kuiz yang dikehendaki dipilih, pengajar memilih mod permainan. Kemudian, ‘Game Pin’ diberikan secara automatik akan dipaparkan di skrin utama. Sementara itu, para pelajar pula perlu bersedia dengan peranti masing-masing. Bagi pelajar yang menggunakan komputer atau laptop, taip alamat https://kahoot.it/. Pelajar akan memasukkan nombor ‘game pin’ untuk menyertai kuiz. Bilangan pemain dan nama ringkas pelajar yang menyertai kuiz akan terpapar di skrin utama. Apabila semua pelajar log masuk, barulah pensyarah akan memulakan sesi kuiz tersebut dengan menekan butang ‘Start’. Pelajar perlu bersedia kerana setiap soalan mempunyai masa yang telah ditetapkan. Semua soalan akan dipaparkan di skrin utama bersama-sama pilihan jawapan. Pelajar akan menjawab di peranti masing-masing dengan tepat dan cepat. Bagi setiap soalan, apabila tamat masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan diberikan dan terpapar di skrin utama. Analisa bagi setiap jawapan pelajar turut dipaparkan.