mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan April 2022: Asas Teknologi & Maklumat (Pengenalan kepada Internet)

Tarikh : 24 April 2022
Masa : 09.00 Pagi – 11.00 Tengahari
Lokasi : PEDI Bukit Tiu
Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pentingnya internet dalam kehidupan seharian untuk diaplikasi supaya tidak ketinggalan ditelan arus permodenan. Internet ialah satu rangkaian yang besar yang menghubungkan rangkaian-rangkaian  yang kecil untuk membentuk rangkaian internet.

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan mengenai maksud internet terlebih dahulu. Kemudian pelajar didedahkan dengan aplikasi internet dan kegunaan pelayar web. Pelajar juga diajar untuk penggunaan Internet Explorer dan Google. Kemudian pelajar diajar bagaimana untuk mencari maklumat di laman web yang dikehendaki seperti laman web HRMIS iaitu untuk memasukkan data dan maklumat bagi penjawat awam. 

Gambar Disini