kuih tepung talam, atau lebih tepat dipanggil talam gula merah. Kuih ini mempunyai dua bahagian penyediaan iaitu lapisan gula merah di bawah dan atasnya lapisan santan yang lemak masin.
Apabila dimakan, gabungan rasa manis gula merah dan lemak santan itu memang terbaiklah. Kuih ini sesuai sangat untuk dijual secara tempahan. Hal ini kerana kuih talam ini sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan atau minum petang.