mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q4 2020 (Celik IT)

Nama : Suffiyatul Akhyar Bt Nor Haizat

Umur : 11 Tahun

Latar belakang

Suffiyatul Akhyar adalah seorang pelajar SK.Bukit Tiu. Beliau pengguna yang kerap mengunjungi Pusat Internet Bukit Tiu. Beliau tinggal di Kampung Bukit Tiu dan berdekatan dengan Pusat Internet Bukit Tiu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas ICT di Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan internet dan komputer. Banyak tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu memerlukan pencarian maklumat dalam internet.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Bukit Tiu, beliau telah pandai dan mampu mencari maklumat tugasan dengan baik. Tunjuk ajar dari petugas banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah. Beliau adalah antara pelajar pandai di dalam kelas beliau.