Nama : Noor Marina Binti Mohd Roimenor
Umur : 34 Tahun
Latar belakang
Puan Noor Marina adalah usahawan produk kesihatan Pink Lady dan tudung bawal Hayda. Beliau adalah seorang suri rumah dan menjalankan jualan produk untuk mencari pendapatan bagi membantu keluarga. Beliau mula menjual produk kesihatan sejak setahun yang lalu..Beliau turut mengikuti kelas dan kursus kemahiran usahawan di Pusat Internet Bukit Tiu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam penjualan produk kesihatan Pink Lady dan tudung bawal adalah dalam anggaran RM500.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet Bukit Tiu. Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM1700 – RM2000. Beliau menggunakan facebook, instagram dan whatsapp untuk menjual produk atas talian. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk kesihatan Pink Lady. Selain itu beliau turut menjual tudung bawal Hayda. Pelbagai corak dan warna tudung yang menarik dan cantik mengikut fesyen terkini. Sambutan terhadap jualan produk beliau adalah menggalakkan dari pelanggan dekat mahupun luar.