mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q4

Nama: Siti Nur Ain Binti Ismail
Umur:28 Tahun
Ahli:Disember 2017

Latar belakang

Siti Nur Ain Binti Ismail merupakan seorang suri rumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau merupakan lepasan graduan Seni Kulinari di UiTM Dungun , Terengganu.

Sebelum ini beliau sudah mempunyai kemahiran asas seperti menggunakan whatsapp untuk menjalankan perniagaan secara online. Beliau hanya menggunakan Whatsapp dan menjual produk jualan beliau melalui kawasan kejiranan sahaja dalam menjalankan perniagaan. Beliau telah mempunyai akaun Tiktok sendiri dan hanya menggunakan untuk membuat pembelian sahaja. Oleh yang demikian, beliau mula mengorak langkah untuk menambah ilmu dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh NADI Bukit Tiu

Setelah Siti Nur Ain Binti Ismail mengikuti kelas Latihan Keusahawanan di NADI Bukit Tiu, kini beliau mula membuat jualan menggunakan platform Tiktok iaitu membuat jualan secara LIVE. Beliau telah dapat menguruskan akaun Tiktok dengan lebih baik dan hasil jualan semakin meningkat .