mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q3 (2) (2020)

Nama : Muhamad Hafizul Bin Che Ghazali

Umur : 29 Tahun

Latar belakang

Muhamad Faizul adalah pengusaha makanan dedak haiwan ternakan yang terletak berhadapan SK Bukit Tiu, Machang. Sebelum ini beliau bekerja di kedai dedak Batu 30 Machang. Pengalaman bekerja membuatkan beliau berkeinginan untuk membuka kedai sendiri di samping minat berniaga yang kuat ketika itu. Beliau telah membuka kedai sendiri 5 tahun yang lalu dan sehingga kini masih beroperasi. Antara produk yang ada di kedai beliau termasuklah makanan kucing, lembu, kambing, ayam, itik, burung, ubat-ubatan ternakan, sangkar burung dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT, beliau membuka kedai sendiri yang teletak berhadapan SK.Bukit Tiu Machang. Kedai beliau menjadi tumpuan komuniti sekitar kerana tiada persaingan lain yang menjual makanan ternakan.

Purata pendapatan sebulan dalam anggaran RM2000 – RM2500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendapat pendedahan tentang cara penggunaan facebook, instagram dan media sosial lain, beliau mula menjual makanan ternakan dan memuatnak gambar barang yang ada dijual di kedai beliau. 

Sambutan dari pelanggan amat menggalakkan baik penduduk setempat mahupun luar kawasan Machang.

Pendapatan sebulan yang diperoleh adalah antara RM3500 – RM4000.