mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q3 (1) (2020)

Nama : Masriyana Bt Muhamad Shori

Umur : 32 tahun

Latar belakang

Puan Masriyana M.shori merupakan usahawan tudung bawal dan souk. Beliau adalah suri rumah dan minat beliau untuk berniaga mendorong beliau untuk mencari pendapatan bagi membantu keluarga.  Beliau mula menjual tudung sejak setahun yang lalu..Beliau turut mengikuti kelas dan kursus kemahiran usahawan di Pusat Internet Bukit Tiu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kawasan Pasir Puteh sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam penjualan tudung adalah dalam anggaran RM300.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet Bukit Tiu. Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM2000 – RM3000. Beliau kerap mempromosikan hanya menggunakan facebook, instagram dan whatsapp. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk baru yang akan keluar selepas pelancaran tudung terbaru.

Permintaan tudung fareha ini  amat menggalakkan dan mendapat sambutan yang baik.