mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q2 (2023)

Nama : Norhazila Bt Mohamad

Umur : 32 Tahun

Latar belakang

Puan Norhazila adalah seorang usahawan produk penjagaan kulit. Beliau menjadi agen produk Pearl White sejak 2 tahun lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau mula menceburi bidang keusahawanan dengan menjadi agen produk Pearl White. Sebelum ini , beliau banyak menjual secara offline dengan menjual secara langsung kepada rakan-rakan dan jiran yang berada di sekitarnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

setelah mempelajari ilmu berkaitan usahawan kini beliau telah dapat melakukan jualan produk melalui platform Facebook dan Tiktok. Tunjuk ajar daripada petugas NADI banyak membantu untuk meningkatkan pengetahuan dalam membuat jualan atas talian. Kini adanya akaun Facebook dan Tiktok dapat memberi manfaat untuk mempromosikan produk tersebut.