Nama | Mohd Shahrizal |
Umur | 37 Tahun |
No Tel | 019-6696060 |
Tahun menjadi Ahli PI | 2019 |
Latar belakang
Mohd Shahrizal merupakan seorang usahawan muda Machang yang sangat berjaya. Dahulunya beliau adalah seorang warga pendidik dan kini telah berhenti kerja kerana ingin fokus dan memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan akok warisan bonda. Beliau mula membuka gerai di bandar Machang pada awal tahun 2019. Akok cikgu menjadi tumpuan pelanggan kerana rasanya yang sedap, gebu dan harga berpatutan. . Perancangan di masa akan datang akan membuka cawangan akok di Presint 9, Putrajaya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT, beliau membuka gerai jualan di Bandar Machang. Lokasi gerai terletak di Jalan Bahagia, Kolam Abu amat strategik dan menjadi laluan utama ke Bandar Machang. Ramai pelanggan datang ke gerai membeli terutamanya penduduk sekitar Machang. Purata pendapatan sebulan dalam anggaran RM4000 – RM5000.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendapat pendedahan tentang cara penggunaan facebook, instagram dan media sosial lain, promosi akok mendapat sambutan dan telah menjadi viral. Bukan sahaja di Kelantan malah ke seluruh Semenanjung Malaysia terutama kepada anak jati Kelantan. Kuasa viral dalam mempromosikan produk melalui facebook dan instagram telah mendapat sambutan ramai dan turut mendapat banyak tempahan dari luar Machang. Pendapatan sebulan hasil jualan akok adalah antara RM7000 – RM10000. Akok kedut yang dijual ini sangat sedap, lembut dan gebu dan tersohor di Machang. Permintaan akok sangat memberangsangkan terutamanya ketika bulan puasa, musim perayaan dan musim cuti sekolah.