mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (Celik IT) (2021)

Nama : Nur Liyana Syafika Binti Noh

Umur : 13 Tahun

Latar belakang

Nur Liyana Syafika merupakan seorang pelajar tingkatan satu di SMK.Hamzah 2. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet Bukit Tiu untuk menyiapkan tugasan sekolah. Beliau adalah antara pelajar yang cemerlang dalam kelas dan aktif dalam pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas ICT di Pusat Internet Bukit Tiu, beliau kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan internet dan komputer. Beliau menghadapi masalah untuk mencari maklumat tugasan sekolah. Banyak tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu memerlukan pencarian maklumat dalam internet.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Bukit Tiu, beliau telah pandai dan mampu mencari maklumat tugasan sekolah dengan baik. Dalam tempoh PKP ini, pembelajaran dilakukan di rumah. Tunjuk ajar dari petugas banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah. Beliau adalah antara pelajar cemerlang di dalam kelas beliau.