Nama : Umi Zariani Binti Ideris
Umur : 29 Tahun
Latar belakang
Puan Umi Zariani adalah seorang usahawan bouquer surprise dan kek. Beliau mula menceburi bidang ini sejak 2 tahun yang lalu. Beliau turut membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau mula menceburi bidang keusahawanan kerana minat dalam gubahan barang. Sebelum ini, beliau turut menyertai program usahawan di bawah pembangunan usahawan RISDA Machang. Pelbagai jenis permintaan mengikut bajet dan permintaan dari pelanggan. Ada yang dalam bentuk gubahan duit,kek ,buah dan coklat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mempelajari ilmu berkaitan usahawan kini beliau telah dapat melakukan jualan produk melalui plaatform facebook dan tiktok. Beliau turut belajar menggunakan Canva untuk membuat poster dan gambar produk supaya lebih menarik. Tunjuk ajar dari petugas NADI banyak membantu untuk meningkatkan pengetahuan dalam membuat jualan atas talian. Kini beliau aktif menggunakan media sosial untuk dijadikan konten dalam menjual produk. Pelanggan turut bertambah dan ada kalanya dari luar Macahng seperti Tanah Merah, Kok Lanas dan Kota Bharu.