mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (2023)

Nama : Mohd Mahadi Bin Mat Kail

Umur : 46 Tahun

Latar belakang

Tuan Mahadi merupakan usahawan produk penjagaan kulit. Beliau menjalankan perniagaan ini bersama-sama isteri untuk menjana pendapatan tambahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Tuan Mahadi juga adalah seorang pekerja kedai runcit di Kampung Belukar. Beliau mula menceburi bidang keusahawanan dengan menjadi agen produk skincare. Sebelum ini, beliau banyak menjual secara offline dengan melakukan promosi produk kepada rakan-rakan dan jiran yang berdekatan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mempelajari ilmu berkaitan usahawan kini beliau telah dapat membuat banyak promosi produk melalui platform facebook. Beliau aktif memuat naik status promosi dan penghantaran yang dilakukan kepada pelanggan. Capaian internet yang laju banyak membantu beliau untuk menjual secara online. Pendapatan beliau juga semakin baik dan lebih ramai yang mencuba produk skincare tersebut.