mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (2019)

Nama : Hafizah Mas Hassan

Umur : 26 Tahun

Latar belakang

Hafizah Mas Hassan adalah seorang usahawan keropok dan sate ikan. Beliau memulakan perusahaan itu sejak 2 tahun yang lalu. Beliau belajar membuat keropok lekor sendiri banyak kali percubaan akhirnya membuahkan hasil kerana ramuan keropok tersebut mendapat kesukaan ramai. Kini beliau membuka kedai keropok dan sate ikan di Kampung Pangkal Meleret, Machang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, beliau menjual dan pelanggan melalui kawan dan komuniti sekitar Pangkal Meleret sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan sebulan adalah antara RM3500 – RM4000. Beliau memasarkan produk makanan tersebut dengan menggunakan media social seperti facebook, instagram, whatsapp dan juga shopee. Dengan adanya media sosial facebook ini, ia memudahkan untuk membuat pemasaran dalam kawasan sekitar mahupun luar kawasan yang jauh melalui pengeposan .  Permintaan terhadap keropok dan sate ikan amat menggalakkan setiap hari. Tambahan pula ianya sedap dan rangup dimakan.