mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (2) (2021)

Nama : Roswany Sulaiman

Umur : 39 Tahun

Latar belakang

Roswany merupakan pengusaha kedai roti canai Chekok Bako. Beliau membuka kedai menjual roti canai bersama suaminya sejak 2018 di kedai Chekok Bako, Machang. Terdapat pelbagai jenis roti canai yang disediakan mengikut kehendak pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kampung itu sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM5000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penggunaan teknologi media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp,, pendapatan bulanan adalah antara RM10,000 – RM12,000. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk dan secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai untuk merasai roti canai tersebut. Pelanggan dari luar Machang turut datang ke kedai beliau untuk menikmati sendiri roti canai viral di Chekok Bako. Terdapat 26 jenis roti canai yang disediakan oleh beliau. Antara makanan yang paling digemari ramai ialah roti tisu, roti volcano cheese dan roti pisang cheese.