mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (2) (2020)

Nama : Zuraini Bt Yaacob

Umur : 34 Tahun

Latar belakang

Puan Zuraini adalah seorang usahawan muda yang menjual barangan kait seperti sarung botol air, kotak tisu, kasut bayi, beg sandang dan lain-lain. Minat dalam pembuatan barangan kait ini telah mendorong beliau untuk mempelajari teknik kait pelbagai barangan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT, beliau mempelajari pembuatan kait mengunakan buku sebagai rujukan. Kurang pendedahan tentang penggunaan komputer dan internet menyebabkannya beliau kurang mendapat pengetahuan dan pendedahan lain untuk menghasilkan produk dalam bentuk yang pelbagai. Purata pendapatan sebulan dalam anggaran RM400 – RM600.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari cara pemasaran atas talian, beliau aktif mempromosikan produk dalam facebook, instagram, dan whatsapp. Pendapatan sebulan hasil jualan barangan kait adalah antara RM1000 – RM1500.  Melalui pendedahan tentang penggunaan internet seperti penggunaan video youtube, beliau kini dapat mempelajari banyak teknik mengait untuk menghasilkan pelbagai warna, corak dan bentuk barangan kait seperti kotak tisu, kasut bayi, kopiah kanak-kanak, botol air, beg sandang dan lain-lain. Hasil barangan kait tersebut sangat cantik dan menarik minat pelanggan untuk membeli. Harga yang dijual pula murah dan berbaloi. Beliau turut menerima tempahan mengikut citarasa pelanggan.