mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Q1 (1) (2021)

Nama : Suzilawaty Binti Abd Satar

Umur : 38 Tahun

Latar belakang

Puan Suzilawaty merupakan usahawan peralatan dapur. Minat beliau dalam berniaga telah mendorong beliau untuk melakukan perniagaan secara lebih serius dengan menyewa kedai di Bandar Machang. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kawasan Machang sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM2300.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet. Melalui penggunaan teknologi media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp,, pendapatan bulanan adalah antara RM4000 – RM5500. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk dan secara tidak langsung menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Beliau turut menyediakan penghantaran barang secara tunai terus kepada pelanggan dan juga pembelian melalui pos.