Nama: Rogayah Bin Awang Mat
Umur: 57 tahun
Latar belakang
Puan Rogayah Awang Mat adalah seorang usahawan menjahit pakaian.. Beliau mula menjadi usahawan sejak 5 tahun yang lalu. Bermula dari minat menjahit, beliau mendapat banyak permintaan untuk menerima tempahan menjahit pakaian lelaki dan perempuan. Beliau turut menyediakan perkhidmatan sewa set lengkap busana pengantin Kini beliau membuka kedai sendiri yang berada di bandar Machang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, beliau menerima tempahan menjahit dari kawan-kawan terdekat. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM500- RM600 dan bergantung pada tempahan yang diterima.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebulan secara kasar adalah antara RM1500– RM2500. Dengan adanya media sosial facebook ini, ia memudahkan untuk membuat tempahan pelanggan dan mempromosikan pakaian yang telah siap dijahit. Antara tempahan yang sering diminati pelanggan ialah baju kurung moden dan sulaman. Sambutan tempahan dari pelanggan amat menggalakkan terutamanya pada musim perayaan dan sebelum sesi sekolah dibuka. . Kini beliau berjaya membuka kelas jahitan sendiri kepada yang berminat.