mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 3 (2018)

Nama : Puan Rozidah Ismail

Umur : 40 tahun

Latar belakang

Puan Rozidah Ismail adalah usahawan produk kecantikkan dan kosmetik. Beliau memulakan perniagaan atas talian ini sejak awal tahun 2017 lagi. Minat beliau dalam bidang kosmetik ini mendorong beliau untuk menjualnya secara serius. Antara produk yang dijual ialah foundation, scrub badan, jamu wanita, minuman kesihatan dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, beliau mendapat pelanggan melalui kawan dan jiran sekitar rumah sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebulan secara kasar adalah antara RM800 – RM1000. Dengan adanya media sosial facebook ini, ia memudahkan untuk membuat pemasaran untuk seluruh kenalan dalam facebook beliau. Selain itu, ia turut menjadi medium untuk mengembangkan lagi penjualan produk tersebut.