Nama | Amirah Saari |
Umur | 21 Tahun |
no Tel | 016-6791772 |
Tahun menjadi Ahli PI | 2017 |
Latar belakang
Amirah Saari adalah seorang pengusaha kek dan biskut. Selepas tamat pengajian, beliau mula mengikuti kursus di Pusat Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER, Machang dalam pembuatan kek dan biskut selama 6 bulan. Minat yang mendalam dalam membuat kek dan biskut telah mendorong beliau untuk membuka tempahan kek dan menjualnya sendiri. Selain itu, beliau menjadi ejen produk kesihatan Shaklee bagi menambahkan sumber pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kawasan Machang. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM700.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM1700 – 2000. Beliau kerap mempromosikan hanya menggunakan facebook, instagram dan whatsapp. Dengan adanya media sosial facebook dan insta ini, ia memudahkannya memperbaharui gambar kek yang telah ditempah oleh pelanggan. Secara tidak langsung kenalan beliau ingin mencuba kek tersebut. Antara kek yang mendapat sambutan adalah kek coklat, kek velvet, kek cheese, cheese tart, biskut brownies, kek pavlova dan banyak lagi.