Nama : Suhana Binti Ehwan
Umur : 38 Tahun
Latar belakang
Suhana Ehwan adalah bekas guru KAFA dan telah berhenti kerja dan menceburi bidang keusahawanan. Kini beliau merupakan usahawan produk kesihatan Qaseh Gold dan stokis besar Machang yang berjaya. Beliau bergiat aktif dalam bidang ini selain menjadi suri rumah sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam penggunaan ICT, beliau menjual produk kesihatan kepada kenalan dan jiran-jiran sekitar rumah. Beliau membuka premis sendiri untuk mempamerkan produk perniagaan beliau. Purata pendapatan sebulan dalam anggaran RM700-1000.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan sebulan adalah antara RM2500 – RM3000. Peningkatan pendapatan ini turut memberangsangkan beliau untuk terus aktif menarik pelanggan atas talian. Setelah mempelajari cara pemasaran atas talian, beliau aktif mempromosikan produk dalam facebook, instagram, dan whatsapp. Selain itu, beliau turut menyediakan perkhidmatan menghantar produk tersebut dalam kawasan sekitar (Cash on delivery) mahupun luar kawasan yang boleh dibuat melalui pengeposan .