Nama | Wan Mariam@ Wan Kamaliatul Akmal Bin Wan Ahmad |
Umur | 43 Tahun |
no Tel | 012-9018936 |
Tahun menjadi Ahli PI | 2018 |
Latar belakang
Puan Wan Mariam adalah usahawan donut bomboloni dan thai bread. Beliau adalah suri rumah dan telah berkeluarga. Sebelum ini, Puan Mariam berniaga telur puyuh bersama suaminya. Minat beliau dalam menjual makanan telah mendorong beliau untuk melakukan penjualan donut dan thai bread. Adunan doh yang gebu, lembut dan rasa inti yang penuh lagi sedap ini menjadikan donut bomboloni dan thai bread ini telah sambutan luar biasa dan mendapat permintaan ramai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, pelanggan beliau adalah terdiri daripada penduduk setempat dan sekitar kawasan Machang sahaja. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM1000.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet. Beliau mendapat pinjaman modal berniaga dari Amanah Ikhtiar Machang Setelah penggunaan ICT, pendapatan sebulan adalah antara RM4500 – RM6000. Beliau kerap mempromosikan hanya menggunakan facebook, instagram dan whatsapp. Dengan adanya media sosial facebook dan whatsapp ini, ia memudahkannya untuk mempromosi produk makanan baru dan tengah mendapat sambutan viral terutamanya donut bomboloni dan thai bread.
Selain menjual secara atas talian, beliau turut menyertai program FAMA untuk menjual di Pasar Tani, Pasar Isnin di Machang, Pasar Pasir Puteh, Guntong, Kuala Krai dan lain-lain.