Nama : Nurul Fazira binti Shamsuddin
Umur : 26 Tahun
Latar belakang
Nurul fazira Shamsuddin merupakan usahawan produk kecantikkan wanita. Beliau menjadi ejen produk Sobella. Beliau meminati bidang kecantikkan dan itu mendorongnya untuk menjual kepada kenalan beliau. Beliau serius menceburinya selepas tamat pengajian sijil kemahiran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kebiasaannya beliau menjual produk kecantikkan tersebut kepada kawan-kawan dan kenalan beliau sekitar Machang dan Tanah Merah.
Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM400-450.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan sebulan adalah antara RM800 – RM1000. Setelah mempelajari cara pemasaran atas talian, beliau aktif mempromosikan produk dalam facebook, instagram, dan whatsapp. Dengan adanya medium sosial ini, ia memudahkan untuk memberi tarikan dan perhatian pengguna di samping membuat pemasaran produk tersebut dalam kawasan sekitar (Cash on delivery) mahupun luar kawasan yang boleh dibuat melalui pengeposan .