mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 2 (2018)

Nama : Siti Nur Hafiezaty Bt Abdullah

Umur : 27 Tahun

Latar belakang

Siti Nur Hafiezaty Bt Abdullah merupakan seorang usahawan produk kecantikan iaitu lipsmatte. Minat beliau dalam bidang kecantikkan telah mendorong beliau untuk menjual lipsmatte tersebut kepada golongan wanita . Tambahan lagi, lipsmatte yang dijual ini adalah sesuai untuk merawat bibir yang bermasalah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan media sosial sebagai medium promosi, beliau mendapat pelanggan sendiri melalui jiran-jiran dan rakan-rakan sekitar kediaman. Pendapatan purata sebulan dalam anggaran RM450.00.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebulan secara kasar adalah antara RM800 – RM1100. Melalui media sosial seperti facebook dan Instagram ini, beliau mendapat permintaan dari pelanggan jauh dan dekat. Secara tidak langsung, beliau mampu menjana pendapatan lebih baik dari sebelum ini. Beliau menggunakan media sosial ini sebagai medium utama untuk mempromosi dan menjual produk kepada pelanggan.