Nama : Zarinah Md Zain
Umur : 58 Tahun
Latar Belakang
Pada permulaan, perusahaan sos ini dijalankan secara kecil-kecilan. Kini, beliau mempunyai kilang sos sendiri dan juga peralatan yang lengkap. Antara produk keluaran beliau ialah sos pencicah, sos tomato, sos cili dan cuka. Produk terbaru pula ialah sos berbeku dan rojak buah. Perusahaan ini turut dibantu oleh anak-anak beliau.
Sebelum penggunaan ict / penglibatan Pi
Pendapatan bulanan adalah sekitar RM90,000. Beliau menjual produk tersebut kepada kedai-kedai sekitar Machang dan penduduk tempatan.
Selepas penglibatan ict / penglibatan Pi
Pendapatan dan permintaan sentiasa meningkat dari hari ke hari. Kini pasaran beliau telah menembusi luar Kelantan dan sehingga keseluruh Semenanjung Malaysia. Produk tersebut kini boleh didapati di Mydin, Econjaya dan lain-lain. Pendapatan bulanan adalah sekitar Rm150,000 – Rm170,000.